Friday 8 April 2011

Ragam Hidup DKA1B

Pertemuan lebih 37 org remaja yg pelbagai ragam dan kerenah dlm sebuah rumah yg beralamat No DKA1B, Jln PUO, Taman Cempaka, Ipoh telah menjadi cerita hangat dan membawa seribu satu kenangan yg tidak dapat dilupakan. Dengan hanya bergantung hidup kepada sepasang suami dan isteri yg bernama Norliza dan Hisham, maka tersebutlah al-kisah 37 org remaja yg tidak diketahui asal usulnya.
          
           Anak pertama dlm keluarga ini diberi nama Syazana. Beliau yg teramatlah suka melihat cermin tak kira masa telah diberi mandat dan kepercayaan oleh ibu bapa kami untuk menjaga adik-adiknya yg lain supaya berkelakuan sopan dan terpuji setiap masa. Suhana pula anak kedua yg agak pendek tapi amat malas utk menyelesaikan assignmentnye. Bak kata pepatah "seperti pahat dengan penukul", Nevin dan Radika ula meupakan anak yg mempunyai raut wajah seiras-iras hero dan heroin filem Tamil zaman dahulu kala. Anak kelima pula ialah Kamal tau lebih fofular dengan nama saintifiknye "secondhand" merupakan anak yg sering dipinggirkan dlm keluarga ini. Beliau menjadi budak WANTED dlm kawasan perumahan kami kerana amat suka membangga-banggakan diri sendiri (padahal tak hebat mana pun) serta beliau amatlah kuat mengencing org sehingga hancing seisi rumah kami. Penat jugalah kami untuk menadahnya agar tidak terkena tempias kencingnya. Adoii.. Pendatang baru yg telah menapak secara haram bernama Shahrul yg berasal usul ari Sg. Ragam (mungkin dekat dengan kawasan Felda Taib Andak kot) telah mencroboh masuk ke dalam keluarga kami. Nasib baik ibubapa kami enyayangi dan membenarkannya menetap disini. Saiful pula adalh seorang remaja yg teramat risau dirinya masih single sehingga kini kerana belum berjumpa lagu bunga yg berkena dihati dan sesuai untuk dirinya..hehe...hehe... Rashidah dan Liyana yg tidak banyak bercakap pula membuatkan mereka seolah- olah tidak wujud dalam cereka ini...kesian..kesian..
           
          Thaif dan Aswad  pula selaku pelancong asing yg tersesat telah masuk kedalam keluarga kami dan terpaksa bermastautin disini buat seketika akibat kehabian tiket untuk pulng ke kampung halaman. Anissha, Shahira, Husna dan Firdaus pula merupakan antara anak-anak yg baik, taat serta menjai favourite ibu bapa kami. Ibu bapa kami juga ada mengutip anak dari kawasan perumahan yg berdkatan dengan kami iaitu Mira, Ain, Hazirah dan Hayati. Seterusnya adalah Izzudin, eorang remaja yg mat perasan dirinya cute..hisshhh...tak habis-habis... Ada juga dalam kalangan keluarga kami yg beangan-angan untuk berhenti daripada belajar dan ingin meneruskan kehidupan dengan menjual burger. Beliau yg dimaksudkan ialah Syed.(rentikanlah..). Lain pula ceritanya dengan anak yg seorang ini iaitu Mus. Sejak akhir-akhir ini beliau dilihat murung dan suka menyendiri jer....

          Edwin pula diberi gelaran "the genius one" kerana beliau adalah antara anak yg pintar dlm pelajaran. Si Solehuddin pula telah dilantik sebagai "bonzer" dlm kawasan perumahan ini. Dengan adanya beliau, sistem kawalan keselamatan perumahan ini meningkat dengan jayanya. Lain pula ceritanya dengan Syamimi atau lebih dikenali sebagai kakak (bukan nama sebenar) yg sejak kebelakangan ini asyik sibuk menelah pelajaran. Al-maklumlah peperiksaan final pun just around the corner. Alif dan Jasrul pula adalah antara muka-muka yg amat suka bangun lambat dan sering lewat masuk kedalam kelas..ish..ish... Mimi pula, antara anak yg selalu mendapat erhatian kaum Adam dibahagian belakang tapi sayang seribu kali sayang beliau sudah berpunya daa.. Lain pula kesnya dengan anak yg seorang ini yg bernafsukan dan dahagkan kasih sayag daripada perempuan tua iaitu dramatis fofular Azizah Mahzan. Tuan empunya badan ialah Fadhil. hahaha...

         Hidayah pula sedang menjalani proses untuk mengurangkan berat badan yg berlebihan yg sejak akhir-akhir ini naik secara drastiknya. Raja skaterz pula disandang oleh Nasrullah. Sape sangka diam-diam ubi berisi tau. Tengok je macam slow tp jom ajak lawan skate tengok lahh.. hehe.. Seorang lagi anak ialah Syakirah yg kini tengah hebat menyulam cinta bersama si penjual burger.ish..ish... sapelah tu yerr. Mirul pula dikhabarkan terlalu gembira setelah mendapat kebenaran ibunya untuk pulang ke kampung halaman beliau dengan menaiki motosikal setelah puas memujuk beberapa kali kerana selama ini beliau naik bas jerr.. Syakila dan Marliyana pula asyik sibuk dengan aktiviti harian mereka iaitu bergosip...bosan betol..!! Anak yg ke-36 pula milik Satheesh. Beliau merupakan anak yg bermulut celupar dalam keluarga ini. Akhir sekali, anak ini perlu dirahsiakan nmanya atas sebab-sbab tertetu dan atas dasar keselamatan kerana beliaulah yg telah mengarang dan mereka-reka erita berbentuk fiksyen ini. Jadi buat apa nk cerita yg buruk-buruk pulak kan.. Okeylah, diharapkan keluarga ini berkekalan dan ceria-ceria selalu yerr. Amin...layan je cerita ni yekk... Assalamualaikum....(^_^)

No comments:

Post a Comment